Sunday 28 February 2016

" Di dalam rancangan strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama ada disebutkan visi dan misi kementerian. Visinya ialah untuk memperkasa kerasmian dan amalan berugama di negara ini. Sementara misinya pula ialah mendukung dan memelihara ugama Islam melalui dasar-dasar dan pentadbiran yang berkesan dan dinamik untuk kesejahteraan berdasarkan hukum syarak perlembagaan undang-undang Melayu Islam Beraja.

Menyebut tentang undang-undang dihadapan kita sekarang ada perintah kanun hukum jenayah Syariah. Beta ingin tahu apakah ceritanya mengenai akta ini? Berapa fasa yang ada, yang sudah dilalui dan dilaksanakan setakat ini?

Beta melihat akta ini, seperti saja tahan-tahan, tidak bergerak apa-apa. Apatah lagi aktif selepas ia dilancarkan. Berapa lama sudah ia dilancar dan diwartakan, sehingga sekarang sudah mencecah dua tahun, tetapi masih baru ditahap kesalahan-kesalahan am sahaja yang ditangani. Mana lagi fasa-fasa selanjutnya dan sampai bila??

Beta faham, kementerian berkenaan mungkin akan menjawab bahawa dapat perlaksaan akta ini belum lagi dapat dijalankan sepenuhnya, kerana CPC atau perintah kanun peraturan hukum jenayah syariah belum lagi digazetkan.

Soal Beta, bilakah ia akan digazetkan?? Mungkin pihak berkenaan akan menjawab lagi masih lagi menunggu pejabat peguam negara sedang menyemak draf berkenaan. Soalan beta selanjutnya, bilakah draf dihantar ke pejabat peguam negara?? Mungkin pihak berkenaan akan menjawap pula, ia telah dihantar pada tahun 2014.

                                                                                           - BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 2 -

Monday 21 July 2014

Adapun Sultan-Sultan yang memerintah Brunei itu ada 29, iaitu ;

1) Sultan Muhammad Shah/Awang Alak Betatar (1383 - 1402).

2) Sultan Ahmad (1408 - 1425).

3) Sultan Sharif Ali (1425 - 1432).

4) Sultan Sulaiman (1432 - 1485).

5) Sultan Bolkiah (1485 - 1524).

6) Sultan Abdul Kahar (1524 - 1530).

7) Sultan Saiful Rizal (1533 - 1581).

8) Sultan Shah Brunei (1581 - 1582).

9) Sultan Muhammad Hassan (1582 - 1598).

10) Sultan Abdul Jalilul Akhbar (1598 - 1659).

11) Sultan Abdul Jalilul Jabbar (1659 - 1660).

12) Sultan Haji Muhammad Ali (1660 - 1661).

13) Sultan Abdul Hakkul Mubin (1661 - 1673).

14) Sultan Muhyiddin (1673 - 1690).

15) Sultan Nasruddin (1690 - 1710).

16) Sultan Husin Kamaluddin (1710 - 1730) / (1737 - 1740).

17) Sultan Muhammad Alauddin (1730 - 1737).

18) Sultan Omar Ali Saifuddien I (1740 - 1795).

19) Sultan Muhammad Tajuddin (1795 - 1804) / (1804 - 1807).

20) Sultan Muhammad Jamalul Alam I (1804 - 1807).

21) Sultan Muhammad Kanzul Alam (1807 - 1826).

22) Sultan Muhammad Alam (1826 - 1828).

23) Sultan Omar Ali Saifuddien II (1828 - 1852).

24) Sultan Abdul Momin (1852 - 1885).

25) Sultan Hashim Jalillul Alam Aqamaddin (1885 - 1906).

26) Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1906 - 1924).

27) Sultan Ahmad Tajuddin (1924 - 1950).

28) Sultan Omar Ali Saifuddien III (1950 - 1967).

29) Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (1967 - KINI)

Artikel ini adalah sebagai rujukan dan bahan bacaan yang boleh membuka minda dan saya amat tertarik bila membacanya. Artikel ini ditulis oleh Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA). Sebagai makhluk Allah yang dahagakan ilmu pengetahuan, maka  saya masukkan artikel ini ke dalam blog dan ianya sekaligus boleh menjadi menjadi medium atau perantaraan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan pada mereka yang berada di luar sana.
 
Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan pihak untuk menegakkan 'kedaulatan melayu' maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang berkata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu .
 
Ada orang kata orang melayu itu istemewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut agama Allah (Islam). Mereka tidak kekal mulia dengan adat dan kesultanan atau budaya atau apa sahaja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.
 
Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam melayu atau hanya untuk orang melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja. 
 
Dalam Firman Allah Subahanu Wataala yang bermaksud :
 
Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Alla, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka  pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebaran perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janji Nya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka yang menentang; kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah: Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (Surah Yunus, ayat 62-65).
 
Jikalah kepahlawanan melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Contohnya, Hang Tuah yang konon hidup pada zaman kegemilangan Sultan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat dan patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli.
 
DAULAT RAJA
 
Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa-bangsa feudalistik yang lain. Cerita tidakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi 'selera' Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam.
 
Namum, masyarakat Melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehndak 'sultan' dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau 'menghambakan' rakyat.
 
Ia sudah pasti tidak serasi dengan ruh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau mahkluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam legenda kesultanan melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal sekaligus bercanggah dengan Islam.
 
Orang melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata, "Kita rakyat, Baginda Raja". Falsafah raja adalah 'Jelmaan Tuhan' yang dianuti oleh sesetengah ugama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat melayu. Namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan 'Daulat Raja' difahami sesetengah masyarakat bahawa Tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja.
 
Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara 'menghadap dan menyembah duli' bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam Istana dan masyarakat melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum di islamisasikan.
 
Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya mempengaruhi dan menasihati sesetengah Raja Melayu Terdapat juga sultan-sultan melayu yang yang berpegang dengan ajaran Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun dalam bnyak keadaan jiwa feudalistic melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran melayu berhubung dengan raja. Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini.
 
Tokoh-tokoh politik berbangsa melayu samada 'pro-Islam atau apa saja, bagaimana 'sakan' pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan berbagai hal yang lain. Apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan 'istana'. Jawapnya sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap. Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang 'mengharamkan yoga' atas alasan ada unsur agama lain, contohnya merapatkan kedua belah tangan seperti 'menyembah berhala'. Saya bertanya, "Tidakkah perbuatan yang dilakukan itu sama dalam istiadat melayu menghadap Raja??"   Dia menjawap, "Oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur".
 
RAJA ADIL RAJA DI TAATI
 
Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang saya hendak tegaskan, adalah kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam. Tiada masalah dengan istana atau kesultanan melayu. Saya hendak menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan seperti mana United Kingdom masih mengenalkan 'Queen' mereka.
 
Namun proses pembahruan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana diaggap memayungi Islam. Banyak institusi-institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat jelata. Sepertimana kerajaan ditegur dan dkritik, demikian juga raja atau sultan. Jika ia hal peribadi , ditegur secara tertutup, dan jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya.  
 
Saya menyebut hal demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar kesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod melayu moden, orang melayu telah banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat, "Raja Adil Raja Di Sembah, Raja Zalim, Raja Di Sanggah". Saya tidak bersetuju dengan perkataan 'Sembah'. Sebab saya tidak menyembah raja. Saya akan kata, "Raja Adil Raja Di Taati, Raja Zalim, Raja Di Bantahi atau Di Nasihati'.
 
Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun, dihadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistic yang meletakan bangsawan hukuman yang berbeza dengan rakyat. Rasullulah pernah menyebut yang bermaksud,
 
"Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanankan hukum keatasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (Puteri Rasullulah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya" (Riwayat Al Bukhari dan Muslim).
 
Saya seorang Muslim dan saya juga berbangsa Melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistemewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memiliknya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka.
 
Namun jika kita berbicara dengan rahmat Allah, yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istemewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara degan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada yang mencabar ini??
 
Zaman sudah berubah. Minda dan cara berfikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia perlu diubah. 
 
 
- Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA)

 

blogger templates | Make Money Online