Sunday, 28 February 2016
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADA MESYUARAT KHAS MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI (BAHAGIAN 1)
0 comments Posted by Mr R7 at 06:34" Di dalam rancangan strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama ada disebutkan visi dan misi kementerian. Visinya ialah untuk memperkasa kerasmian dan amalan berugama di negara ini. Sementara misinya pula ialah mendukung dan memelihara ugama Islam melalui dasar-dasar dan pentadbiran yang berkesan dan dinamik untuk kesejahteraan berdasarkan hukum syarak perlembagaan undang-undang Melayu Islam Beraja.
Menyebut tentang undang-undang dihadapan kita sekarang ada perintah kanun hukum jenayah Syariah. Beta ingin tahu apakah ceritanya mengenai akta ini? Berapa fasa yang ada, yang sudah dilalui dan dilaksanakan setakat ini?
Beta melihat akta ini, seperti saja tahan-tahan, tidak bergerak apa-apa. Apatah lagi aktif selepas ia dilancarkan. Berapa lama sudah ia dilancar dan diwartakan, sehingga sekarang sudah mencecah dua tahun, tetapi masih baru ditahap kesalahan-kesalahan am sahaja yang ditangani. Mana lagi fasa-fasa selanjutnya dan sampai bila??
Beta faham, kementerian berkenaan mungkin akan menjawab bahawa dapat perlaksaan akta ini belum lagi dapat dijalankan sepenuhnya, kerana CPC atau perintah kanun peraturan hukum jenayah syariah belum lagi digazetkan.
Soal Beta, bilakah ia akan digazetkan?? Mungkin pihak berkenaan akan menjawab lagi masih lagi menunggu pejabat peguam negara sedang menyemak draf berkenaan. Soalan beta selanjutnya, bilakah draf dihantar ke pejabat peguam negara?? Mungkin pihak berkenaan akan menjawap pula, ia telah dihantar pada tahun 2014.
- BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 2 -
Labels: Isu Semasa